Saturday 4 May 2013

Gadis

Gadis,

Ramai menganggap 'Gadis' itu sesuatu perkara yang susah untuk difahami. Betul ke?? Atau sebenarnya mereka yang menjadikan 'Gadis' itu sesuatu perkara yang susah untuk difahami??

Gadis, 

Seseorang yang mempunyai hati yang sangat lembut. Mereka insan yang sangat sensitif. Mudah tersentuh. Mudah terasa. Mudah menangis. Mudah tertawa. Mudah kecewa. 

Walaupun mereka mudah dalam segala hal, tapi mereka ni Superb! Mereka pandai untuk menyembunyikan perasaan mereka. Perasaan gembira, seronok, suka dan bahagia mereka, mmg senang untuk orang di sekeliling mereka faham dan nampak. Tapi kalau perasaan sedih, kecewa, hampa, dan yang sewaktu dengannya, mmg susah untuk orang di sekeliling mereka untuk faham. Kekadang langsung tak nampak! Sebab 'Gadis' mmg pandai untuk menyembunyikan perasaan mereka. :)

Sebab apa mereka menyembunyikan perasaan mereka? Sebab mereka taknak orang lain nampak kelemahan mereka. Lebih-lebih lagi oleh 'Teruna' :) Hanya orang yang rapat dengan mereka sahaja yang akan dapat memahami apa yang mereka rasakan. 

Tak susah untuk faham 'Gadis' ni sebenarnya. Mereka hanya memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada orang yang mereka sayang. Katakan kalau 'Gadis' kepada 'Teruna' sekalian balas text "okay" , "takde ape2, saya okay je" . "ouh yeke, hmm okay lahh" , Haaa! pasti ada 'SESUATU' di situ yee! Bila 'Gadis' kalian macam ni, try untuk pujuk hati dia. Tanya dia baik2, bincang elok2. Mungkin ade sesuatu ynag tak kena yang membuatkan dia tiba-tiba macam tu. Janganlah pulak biarkan dia macam tu sahaja. Memang dia akan sejuk, tapi pasti memakan masa yang lama. 

p/s : 'Gadis' memang insan yang lembut. Mereka suka dipujuk, bukan dibiarkan. Suka dimanja, bukan dimaki. Suka disayangi, bukan diabaikan. :)

No comments:

Post a Comment